2013年10月2日星期三

Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sg Bunyi



Saya dijemput merasmikan mesyuarat agung PIBG SK Sungai Bunyi pada hari minggu yang lalu. Di samping itu,saya memperuntukkan sebanyak RM15000 kepada PIBG sekolah tersebut sebagai dana penyenggaraan peralatan.

Saya diberitahu bahawa peralatan di sekolah tersebut kurang memenuhi keperluan, saya berharap penyampaian sumbangan tersebut dapat membantu PIBG sekolah untuk mengatasi masalah kekurangan peralatan.

Agenda pendidikan negara terutama di peringkat sekolah sememangnya memerlukan sokongan semua pihak dalam memastikan anjakan ke arah pendidikan bertaraf dunia terus berjalan dengan sempurna supaya tidak ditinggalkan dalam arus pembangunan.

Kelas Bestari adalah sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan ICT sebagai bahan bantu.

Proses pengajaran yang lebih proaktif dapat meningkatkan minat belajar demi mempertingkatkan mutu pelajaran. Saya yakin bahawa melalui program Kelas Bestari, generasi muda akan lebih berdaya saing dan bersama-sama menyertai pembangunan IRDA.

没有评论: