2014年3月19日星期三

国能新电表导致电费高涨投诉 ADUAN BACK BILLING TNB TIDAK MUNASABAH


新电表的电费比更换前高涨许多且许多用户遭追算电费,国能更换新电表已引起许多消费人的非议。

今天傍晚我在国会下议院参与辩论国家元首开幕御词时,针对选区北干那那丽雅花园住户陈永耀(译音)的投诉,反映上述问题。

陈先生被追算三个月的电费共411令吉01仙,同时,期间的每月需缴的电费约215令吉。在更换新电表之前,陈先生每月的电费大约是200令吉左右,算起来,陈先生的电费比之前暴涨了76%,这是不寻常的。

我想知道国能在更新数码电表前,是否已经过鉴定,因为暴涨的电费给用户带来了经济负担。再者,为何用户需承担国能或因疏忽安置损坏数码电表的费用?1990年电供法令不是让国能无需对用户负责。

我认为,国能在处理追算电费事件上应采取灵活的方式,给予适合的期限,而非限定用户必须在30天内缴清。

因此,我吁请人力、绿色科技及水务部展开研究及调查,以保障消费人的利益,而不是因为任意的理由而承担不必要的费用。

Program penggantian meter digital oleh TNB telah menyebabkan ramai pengguna mendakwa dicaj begitu tinggi berbanding dengan peralatan sebelumnya.

Saya menyatakan tersebut semasa memberi ucapan menyokong usul menjunjung kasih ke atas titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang tadi.

Saya juga mengemukakan satu aduan pengguna, En Tan Yow Yak dari Taman Ria Pekan Nanas sebagai contoh. Encik Tan dikenakan "back billing" sebanyak RM411.01 bagi tempoh bil untuk 3 bulan. Pada waktu yang masa dia juga dikenakan bayaran bil purata sebanyak RM215 sebulan.

Sebagai perbandingan penukaran meter digital, bil bulanan En Tan hanya disekitar RM200 sebulan. Peningkatan bil adalah sebanyak 76%.

Adakah meter digital baru telah ditentu sah sebelum penukaran dibuat? Peningkatan bil yang mendadak memberi impak kewangan kepada pengguna. Mengapakah pengguna harus memikul beban jika kesilapan berkenaan disebabkan oleh TNB sendiri yang mungkin memasang meter yang rosak? Kelihatannya di sini Akta Bekalan Elektrik 1990 digunakan begitu mudah meletakkan semua beban tanggungjawab kepada pengguna.

TNB harus lebih "flexible" supaya pengguna diberikan tempoh masa yang sesuai untuk menjelaskan bayaran "back billing" dan bukannya menetapkan tempoh 30 hari.

Oleh yang demikian Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dimohon membuat siasatan dan kajian supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya dibebankan dengan kos yang tidak sepatutnya ditanggung tanpa alasan yang munasabah.








没有评论: