2014年3月26日星期三

监督渔船津贴柴油遏止滥用 LKIM PANTAU KEGUNAAN DIESEL BERSUBSIDI NELAYAN


农业部通过渔业发展局监督渔民的渔获量,以确定渔船是否有出海作业,避免渔船柴油津贴遭滥用。

我是日前在国会提问政府如何采取措施监督渔民的柴油津贴,同时为何会发生渔民有时领不到生活津贴的问题。

农业及农基工业部长拿督斯里依斯迈沙比里在答覆中表示,为遏止渔船柴油津贴遭滥用,各州渔业发展局成立一个监督委员会,成员包括州渔业发展局、该局执法组及各区渔民协会代表。农业部属下的监督小组则包括大马海事局、企业、消费人事务及国内贸易部、关税局及大马渔业发展局,协调各执法单位的包括大马反贪污局。

渔民若被发现滥用柴油津贴,将被列入黑名单 。此外,渔业发展局也通过电子管理系统(e-nelayan)监督渔船的渔获量及柴油用量,确保领取渔民生活津贴的渔民没有滥用津贴。这些电子管理系统同时也包括渔民出海作业量、渔船员工流动量及更换船主资料等。

当局将停止发放生活津贴给不活跃的渔民,无论如何,若渔民有任何问题,也可向渔业发展局作出询问或上诉。

Saya meminta kerajaan menyatakan langkah kawalan dibuat supaya tidak berlaku ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel dan elaun sara hidup nelayan yang menyebabkan nelayan yang telah menerima bantuan berkenaan tiba-tiba hilang kelayakan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa Kementerian Pertanian Malaysia dan Industri Asas Tani melalui LKIM memantau penggunaan minyak bersubsidi untuk mengatasi masalah penyelewengan.

Nelayan yang ingin membeli minyak diesel subsidi perlu mengisytiharkan hasil pendaratan ikan mereka kepada LKIM supaya memastikan sesebuah vesel yang memberi minyak tersebut beroperasi atau tidak kelaut.

Penubuhan satu Jawatankuasa bagi pemantaun subsidi diesel diperingkat LKIM melibatkan LKIM Negeri, Persatuan Nelayan Kawasan dan Bahagian Penguatkuasa LKIM.

Penubuhan jawatankuasa pemantauan subsidi diesel peringkat agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melibatkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia,Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Perdaganan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan,Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Tindakan menyenarihitam kad nelayan dibuat bagi memastikan nelayan tersebut tidak mendapat kemudahan bantuan subsidi diesel.

LKIM juga telah membangunkan Sistem e-Nelayan bagi memantau setiap pembelian minyak subsidi dan pendaratan ikan oleh nelayan bagi tujuan kelayakan untuk menerima bayaran Elaun Sara Hidup.

Para nelayan yang tidak lagi aktif kelaut boleh dibekukan pembayaran Elaun Sara Hidup sehingga siasatan dibuat. Walaubagaimanapun nelayan yang menghadapi masalah boleh membuat aduan atau mengemukakan rayuan kepada LKIM untuk dipertimbangkan.

没有评论: