2014年3月4日星期二

Perasmian PIBG SK Belokok,Sg Karang




Saya menghadiri perasmian Mesyuarat Agong PIBG SK Belokok, Sg Karang pada 28 Februari 2014 bersama rakan-rakan MCA Bahagian Tg Piai.

Dalam ucapan perasmian saya , saya menyatakan bahawa kerjasama diperlukan antara kalangan ibubapa, sekolah dan wakil rakyat untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

smart e-kelas adalah antara satu usaha untuk bertujuan menaikkan kualiti pengajaran dan pendidikan. Saya berhasrat untuk memperlengkap satu smart e-kelas di setiap sekolah rendah dan berusaha menambah kelas ke-dua di setiap Sekolah Kebangsaan di kawasan parlimen Tg Piai.

Saya juga mengumumkan sumbangan peruntukan sebanyak RM15,000 untuk tujuan membaikpulih bumbung sekolah dan RM10,000 bagi perlengkapan komputer dan teknologi kepada SK Belokok.

没有评论: