2014年3月12日星期三

护士人数逐年增加 Perjawatan Jururawat Semakin Menambah


为确保卫生医疗素质,所有的护士都必须依据护士专业操守法令、标准作业程序及1950年护士法令等提供看护服务,而我国护士人数也随着医疗负担加重而逐年增加。

在2014年财政预算案,政府已批准增加了6800个护士职位。

我是昨天下午在国会下议院提问有关中央医院及私人医院护士的福利受忽略,包括有护士申诉晚上值班时没地方用餐、单独与罪犯同处及被要求工作一周无休等,获卫生部长拿督斯里苏巴马廉作出上述答覆。

卫生部长透露,为确保护士提供具素质的看护服务及避免过于疲累,依据条例护士值夜班的天数已减少至三晚,而护士值早午班的工时是7小时,夜班的工时较长达10个小时。另外,医院也会为值夜班的护士提供值3令吉的点心。至于在私人医院服务的护士,虽受各别服务的医院的条例限制,惟仍受制于护士专业操守法令及马来西亚护士理事会所制订的条例。

同时,医院的每个病房都设有餐饮处,以为病患准备食物之用,但护士值班时可在内用餐。

至于罪犯的护理,医院、警方及监狱当局自有一套准则,以保障医护人员及其他病人的安全及确保罪犯不会逃跑,在医院接受治疗的罪犯也必须24小时由安全部队人员陪同。

医护照疗服务是24小时无休,为确保医护人员的服务素质,在条例规定下,工作6天后,护士都获得一天的休息日。至于工作分配则是依据各别护士的工作经验、知识及能力而定。

Penambahan perjawatan jururawat meningkat secara berperingkat sejak tahun 2012, dan dalam pembentangan bajet 2014 yang lalu, kerajaan telah meluluskan sebanyak 6800 perjawatan jururawat untuk menambung keperluan dan meringankan beban kerja jururawat.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Subramaniam menyatakan tersebut semasa menjawab soalan lisan saya di Dewan Rakyat semalam. Saya meminta Menteri Kesihatan menyatakan tindakan penambaikan yang diambil oleh Kementerian bagi menjaga kebajikan jururawat-jururawat yang bertugas di hospital Kerajaan dan swasta kerana terdapat pelbagai rungutan mengenai kebajikan jururawat diabaikan oleh pihak Kementerian antaranya jururawat yang bekerja pada syif malam tiada tempat untuk makan, ditinggalkan berseorangan dengan penjenayah yang tercedera dan kadangkala diminta bertugas tanpa cuti dalam tempoh seminggu.

Bagi memastikan jururawat memberikan jagaan perawatan yang berkualiti dan mengelakkan keletihan yang boleh menyumbang kepada kesilapan, tugas malam dari 7 malam telah dikurangkan kepada 3 malam. Jadual tugas jururawat adalah 7 jam untuk syif pagi manakala syif malam agak panjang selama 10 jam.

Semasa bertugas malam, mereka diberi makanan ringan sebanyak RM3. Bagi jururawat yang bertugas di sektor swasta, mereka terikat dengan polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan hospital berkenaan. Walau bagaimanapun, mereka terikat dengan Code of Professional Conduct for Nurses, Akta-akta jururawat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM).

Setiap wad disediakan dengan sebuah pantri khas untuk penyediaan minuman dan makanan bagi pesakit, tetapi jururawat dibenarkan menggunakan pantri tersebut untuk minum dan makan bagi memastikan penjagaan pesakit tidak terabai.

Mengikut polisi dan garis panduan Keselamatan Hospital, pihak polis dan Jabatan Penjara, seorang penjenayah yang menerima rawatan di hospital mesti diiringi 24 jam oleh anggota keselamatan.

Hari rehat akan diberikan satu hari bagi setiap enam hari bekerja mengikut situasi semasa di tempat bertugas.

没有评论: