2015年3月17日星期二

重植森林监督伐木活动 JPSM Melaksanakan Usaha Pemuliharaan Semula Hutan


马来西亚半岛森林局将继续进行重植森林,同时监督永久保留林的伐木活动,以确保森林资源能永续存在。

环境与天然资源部长是以书面回答我的口头询问时,这么披露。我之前在国会下议院会议中提问有关修复失控的伐木活动为森林带来的破坏,有关部门有否采取积极的重植计划。

部长表示,该局已通过以下各项努力重植森林:

1)在永久保留林中重植森林物种。

2)通过2千600万棵植树运动,提高绿化醒觉,在全国各地积极植树。

3)在国内的海岸重植红树森及其他适合的植物物种。

4)在半岛和东马实施生态走廊计划,如中央森林脊(CFS)以连贯及衔接森林,绿化社区。

该局希望通过上述重植森林努力,确保国家森林资产得以永续世代保留。

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melaksanakan usaha-usaha pemuliharaan semula hutan dan memantau aktiviti penerokaan hutan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) secara berterusan.

Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar menyatakan usaha pemulihan semula hutan yang akan dilaksanakan oleh kementerian semasa menjawab soalan lisan saya di Dewan Rakyat pada minggu yang lalu.

Antara usaha-usaha pemuliharaan semula hutan yang dijalankan adalah seperti berikut:

1) penanaman semula pokok-pokok spesis hutan di kawasan HSK yang terosot dan miskin melalui tanaman mengaya;

2) program penghijauan dan kesedaran melalui Kempen Menanam 26 juta Pokok yang dilaksanakan di seluruh negara;

3) penanaman semula pokok bakau dan spesis yang sesuai di persisiran pantai negara;dan

4) pelaksanaan projek koridor ekologi untuk menyambung rangkaian hutan seperti Central Forest Spine di negeri-negeri Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kementerian percaya usaha-usaha pemuliharaan semula hutan ini akan dipergiatkan lagi bagi memastikan khazanah hutan negara dapat dinikmati generasi akan datang.

没有评论: