2015年3月18日星期三

大马旅游局促进丹绒比艾旅游业 Promosi Produk Pelancongan Tanjung Piai


旅游与文化部长拿督斯里莫哈末纳兹里表示,该部在第十大马计划下拨出53万2千令吉作为发展丹绒比艾旅游基础设施用途。

在第九大马计划下,该部拨出322万9千749令吉作为上述用途。

莫哈末纳兹里是前天以书面答覆我在国会下议院的口头询问时,这么透露。我是询问旅游部如何促进国内旅游业,尤其是亚洲大陆最南端的丹绒比艾旅游业。

部长表示,该部通过大马旅游局采取以下步骤以促进丹绒比艾的旅游业发展:

1)通过参与大马旅游局的促销活动,藉展销会接触国内外旅客。

2)举办考察旅游活动,让旅游业者及传媒亲身了解当地的旅游产品,并为此报道及宣传。

3)到国外进行促销活动,让本地旅游业者有机会向外国旅游业者介绍独特的旅游产品。

4)出版及派发介绍丹绒比艾旅游产品的旅游册子。

5)通过柔佛州旅游局联同州内4间旅游资讯中心与国外44间大马旅游局分局,广传丹绒比艾旅游产品的资讯。

6)大马旅游局及国内旅游业者推出各项丹绒比艾旅游配套,大马旅游局也将把旅游配套的资讯放在官网上。

部长也表示,坐落在亚洲大陆最南端的丹绒比艾是一个独特的旅游景点,已被宪报公布为国家公园及蓝沙湿地,钓鱼活动是其中一项最受欢迎的旅游项目。另外,观赏季候鸟也是其中一个吸引国内外游客的旅游焦点,而旅游部也会续续为促进国内旅游业而努力。

Untuk meningkatkan infrastruktur pelancongan di Tanjung Piai, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM532,000 di bawah Rancangan Malaysia (RM) Ke-10.

Peruntukan sebanyak RM3,229,749 juga disalurkan untuk tujuan tersebut di bawah  RMKe-9.

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Dato Seri Mohamed Nazri menyatakan tersebut dalam jawapan kepada soalan lisan saya di Dewan Rakyat hari kemarin.

Dari segi promosi Tanjung Piai, Kementerian melalui Tourism Malaysia telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

1) Promosi melalui penyertaan Tourism Malaysia dalam pameran pelancongan di peringkat domestik dan antarabangsa;

2) Mengadakan Program Lawatan Suaikenal ke Tanjung Piai untuk mendedahkan secara langsung produk-produk pelancongan yang ditawarkan kepada para pengusaha pelancongan dan wakil media asing dan tempatan bagi memberi liputan serta publisiti yang meluas;

3) Menganjurkan Misi Galakan ke luar negara di mana para pengusaha pelancongan tempatan berpeluang untuk berjumpa dan memperkenalkan pakej-pakej istimewa kepada pengusaha pelancogan di negara yang dilawati;

4) Menerbit serta mengedar risalah pelancongan yang turut memaparkan produk-produk pelancongan Tanjung Piai;

5) Menyebarkan maklumat mengenai produk pelancongan Tanjung Piai kepada pelancong melalui Pejabat Tourism Malaysia Negeri Johor dan 4 buah Pusat Penerangan Pelancongan di Johor serta melalui 44 buah Pejabat Tourism Malaysia di luar negara;

6) Penyediaan pelbagai pakej pelancongan oleh Tourism Malaysia dan agensi Pelancongan tempatan untuk mempromosikan aktiviti pelancongan Tanjung Piai. Tourism Malaysia juga menyiarkan pakej-pakej ini di laman web Tourism Malaysia.

没有评论: