2015年6月10日星期三

吁政府尽速落实新山--笨珍外环公路 Projek Jalan Pintas Johor Bahru-Pontian Dilaksanakan Dalam RMK-11


昨天下午在国会下议院参与辩论第十一大马计划时,我吁请政府在第十一大马计划下,尽速落实新山--北干那那--笨珍外环公路,以应发展需求。

上述外环公路计划早在第八大马计划中提出,但迟迟未落实,涉及的建造费用也从第八大马计划预计的1亿令吉,增加至迄今的逾2亿令吉。因此,为避免建造成本节节上升,政府应尽速落实上述计划。

丹绒比艾国会选区坐落在依斯干达发展特区走廊,制造业及屋业发展发展蓬勃,导致新山通笨珍主干公路在高峰时段严重塞车。

虽然公共工程局不时提升该路段,且在部份路段增加车道,但却无法解决交通堵塞问题,因此建造新山--北干那那--笨珍外环公路已是刻不容缓。

另外,我也建议政府在北干那那设立乡区转型中心(RTC),以提高当地农基产品产能及提升郊区人民的生活素质。

北干那那拥有数个适合的地点供设立乡区转型中心,包括利用或租用现有的建筑物,如29哩的农民大厦。

与依斯干达发展特区毗邻的丹绒比艾和北干那那,拥有许多生产农产品的甘榜,如蔬菜和畜牧业,该区也以水果著名,包括榴莲和鲁古,但生产及销售系统并不商业化。其他一些甘榜也有传统糕点制作及销售,如甘榜马来由拉雅、甘榜巴力哈芝安南、甘榜斯里布尼安等,都可作为依斯干达特区居民的粮食需求转运站。

政府设立乡区转型中心的目的是为了提高当地的农基活动收入,因此,我也建议直辖区及乡区部联同农业及农基工业部联合在北干那那设立乡区转型中心。

一旦设立乡区转型中心,农友可从该中心获取多方面的援助,包括谘询服务、获取证书、促销、财务谘询、农业相关的法令等。

Jalan Pintas Johor Bahru-Pekan Nanas-Pontian diminta dilaksanakan dalam RMK-11 supaya kesasakan tidak akan menjadi semakin teruk dan kos pembinaan turut meningkat berganda.

Saya menyentuhkan isu tersebut semasa membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 di Dewan Rakyat semalam.

Kedudukan kawasan Parlimen Tg Piai yang merupakan koridor pembangunan Wilayah Iskandar mendapat limpahan pembangunan yang pesat. Pembangunan sektor pembuatan dan kerancakan pertumbuhan taman-taman perumahan semakin pesat.

Cadangan pembinaan Jalan Pintas tersebut telah dicadangkan sejak dari RMK-8 dengan kos anggaran hanya 100 juta tetapi pada hari ini kos telah meningkat kepada 200 juta dan akan terus naik selagi tidak dilaksanakan.

Salah satu elemen penting adalah laluan Jalan Johor Bahru-Pekan Nanas-Pontian yang merupakan jalan teras yang telah mengalami kesesakan khasnya pada waktu puncak.

Justeru itu, saya memohon agar Kementerian Kerja Raja memuktamadkan projet tersebut dilaksanakan dalam RMK-11, jika tidak kesesakan akan menjadi semakin teruk dan kos pembinaan juga turut meningkat berganda.

Saya juga mencadangkan kepada Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bersama Kementerian Asas Tani untuk menubuhkan sebuah Pusat RTC di kawasan Pekan Nanas.

Kawasan Tg Piai dan Pekan Nanas mempunyai banyak rangkaian kampung yang mengeluarkan berbagai rangkaian hasil pertanian seperti sayuran dan ternakan. Pada masa sekarang sistem pengeluaran dan pemasaran masih secara konvensional dan tidak bersifat kolektif. Produk berasaskan agro-makanan juga mula berkembang walaupun dalam skala yang kecil.

Pusat RTC ini kelak akan dapat membantu dari segi khidmat nasihat, cara mendapatkan persijilan, pemasaran, nasihat kewangan, maklumat mengenai Akta-akta Pertanian dan sebagainya.

Kawasan Pekan Nanas mempunyai beberapa kawasan yang sesuai untuk dibangunkan sebuah Pusat RTC dengan menggunakan bangunan sedia ada seperti bangunan kompleks pertanian Johor Bahru di Bt 29, Pengkalan Raja atau lain-lain tempat yang sesuai. Jika perlu, menyewa bangunan juga tiada masalah kerana terdapat banyak premis sesuai yang boleh disewa dan dibangunkan sebagai Pusat RTC.

Oleh itu, saya cadangkan kepada kerajaan agar memberi pertimbangan khas meluluskan pembinaan RTC di kawasan Pekan Nanas demi untuk meningkatkan pengeluaran berasaskan pertanian dan sekaligus meningkatkan kualiti kehidu pan masyarakat luar bandar.

没有评论: