2015年6月11日星期四

孟加拉取代尼泊尔外劳签证应速确定 Pengilang Perabot Minta Kepastian Gantian Calling Visa


家具业是劳工密集工业,因此,一旦发生劳工短缺势必让业者担心无法满足出口市场的产量需求。马来西亚家具公会及麻坡家具同业公会已获准以工作签证(calling visa)从尼泊尔引进外劳。不过,由于尼泊尔4月间发生地震,许多尼国工人无法来马工作。

我知道政府已允许业者以尼泊尔外劳的工作签证,用孟加拉外劳取代。我日前在国会下议院参与辩论第11大马计划时,提及这个课题,希望有关单位确定家具业者什么时候能以上述工作签证将孟加拉外劳引入我国工作?

有关单位对此课题的明确指示,能让国内家具业者放心,同时目前因员工严缺造成的生产力下降问题得以恢复,让业者应付国外订单的出口需求。

Industri pembuatan perabot merupakan satu industri yang intensif buruh. Sehubungan dengan itu, kekurangan buruh untuk bekerja di dalam seiktor ini amat membimbangkan kerana dikhuatiri pengilang tidak dapat memenuhi permintaan produk yang mencukupi untuk pasaran ekspot.

Malaysia Furniture Association dan Muar Furniture Association telah memperoleh kebenaran untuk mendapatkan "calling visa" bagi pekerja-pekerja asing dari negara Nepal. Akan tetapi memandangkan Nepal baru sahaja terlibat dalam gempa bumi pada bulan April lalu, ramai warga Nepal tidak dapat bekerja di Malaysia sepertimana yang dijangkakan.

Saya difahamkan bahawa baru-baru ini kerajaan telah memutuskan membenarkan "calling visa" bagi rakyat Nepal ini diganti dengan "calling visa" untuk rakyat Bangladesh. Semasa mengambil bahagian dalam pembahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini, saya menyentuhkan isu tersebut dan meminta kepastian dari agensi yang berkaitan, bilakah pengusaha-pengusaha perabot dapat membuat gantian kepada "calling visa" untuk membolehkan pekerja dari Bangladesh datang bekerja di Malaysia?

Kepastian daripada agensi yang berkaitan dapat memberi kestabilan kepada industri pembuatan perabot di samping memulihkan produktiviti yang terjejas akibat dari kekurangan buruh pada masa ini.

没有评论: