2015年6月10日星期三

沿海发展计划打击渔民生计 Rezeki Nelayan Terjejas Kesan Projek Pembangunan

除了新山--笨珍外环公路课题,我也吁请政府关注丹绒比艾区受石化转运中心及防波堤工程影响,导致生计大受打击的渔民,给予受发展计划影响的渔民援助。

据了解,丹绒比艾海域将进行一项石化转运中心大型计划,在海上建造占地1千英亩的人造岛,势必对当地海域的生态环境带来影响,最终沿岸渔民的生计将遭受打击。

据悉,上述计划已获得环境部有条件批准,以过往丹绒柏勒巴斯海港及丹绒宾发电厂计划的经验,渔民的收入因为这些大型发展计划而锐减,因此,我希望各有关单位在推行大型发展计划的同时也关注渔民的困境。

我想了解政府有何长期及短期的方案,协助这些生计受影响的渔民,不让他们成为发展的牺牲品?在追求经济发展的同时,政府也应该为渔获一天比一天少的渔民想一下。

同时,在丹绒比艾的防波堤建造工程,目的虽是遏止海岸侵蚀情况进一步恶化,却也给渔民的作业带来负面的影响。有关工程进行约8个月,已给逾400名渔民的生计造成影响,渔获量与之前相比锐减一半。

因此,他认为,受上述发展计划影响生计的渔民都应该获得援助及赔偿,且政府在进行上述工程之前,应提早给渔民知道工程所将带来的影响,且应给受影响的渔民合理的赔偿,以免渔民成为发展计划下的牺牲者。

Selain daripada penubuhan pusat RTC dan cadangan pembinaan Jalan Pintas Johor Bahru-Pontian, satu lagi isu yang saya membangkitkan di Dewan Rakyat adalah isu pembangunan projek mega di Tg Piai dan kesan terhadap kaum nelayan.

Saya difahamkan sebuah lagi projek bersekala besar iaitu sebuah hub logistik petrokimia akan dibangunkan dengan membina pulau buatan seluas 1000 ekar di laluan selat Tg Piai. Sudah tentu projek tersebut akan memberi impak kepada sistem ekologi yang akhirnya memberi kesan kepada pendapatan nelayan pantai.

Difahamkan projek tersebut telah mendapat kelulusan bersyarat oleh Jabatan Alam Sekitar. Olehkerana itulah kerja awal telah dimulakan. Pengalaman Lalu nelayan pantai dengan projek seperti Pelabuhan Tg Pelepas, Projek Janakuasa Arang Batu Tg Bin dan Petrokimia jelas memberikan impak negatif yang sangat ketara di mana pendapatan nelayan pantai jelas terjejas.

Saya ingin tahu apakah langkah-langkah jangka pendek dan panjang yang disediakan bagi membantu nelayan yang terjejas supaya kehidupan mereka mendapat pembelaan agar kumpulan ni tidak menjadi mangsa pembangunan.

Didalam keghairahan mengejar peluang ekonomi, pihak kerajaan diminta untuk turut peka kepada ratusan nelayan yang bergantung hidup terhadap tangkapan ikan yang semakin hari semakin terjejas yang akhirnya menjejaskan kehidupan para nelayan.

Selain dari projek petrokimia dan janakuasa sebuah Projek benteng pemecah ombak di Tg Piai telah pun mula dilaksanakan dengan tujuan mengatasi masalah hakisan pantai di sepanjang pesisir pantai Tg Piai telah pun dijalankan selama lebih kurang 8 bulan.

Projek tersebut dijangka selesai selama 2 tahun lagi. Sebagai kesan, lebih 400 orang nelayan telah terjejas akibat hasil penangkapan ikan yang merosot. Benteng yang dibuat bagi mengelak kesan hakisan diletak kira-kira 500 meter dari persisiran pantai. Panjang benteng ini pula adalah 2.3km selari dari pantai. Dengan pemasangan benteng tersebut, ikan-ikan tidak lagi membiak dan telah beredar dari kawasan yang terlibat dengan pembentengan.

Pelbagai aduan telah dibuat dan apabila aduan tersebut diajukan kepada Kerajaan Negeri, pihak kerajaan negeri pula menyatakan bahawa projek pembentengan tersebut merupakan tanggungjawab kerajaan pusat. Persoalannya siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara tersebut? Hingga kini tiada tindakan yang lanjut dilakukan bagi membantu nelayan-nelayan pesisir pantai ini.

Kerajaan wajar memikirkan nasib nelayan yang akan hilang mata pencarian apabila projek tersebut dilaksanakan. Kegusaran dan kerisauan para nelayan mempunyai asas untuk diberikan pertimbangan bantuan gantirugi atau pampasan hilang mata pencarian. Difahamkan kekurangan pendapatan nelayan dijangka menyusut sebanak 50% daripada jumlah yang diperolehi sebelum ini. Rakyat harus diberikan peluang untuk meyesuaikan diri dan mengurus pendapatan mereka selain kerajaan memberi pampasan yang sesuai terhadap kesusahan mereka.

#

没有评论: