2016年11月4日星期五

重提龟咯排污系统计划何时落实 Isu Pembentongan Perumahan Atas Air Kukup Laut & Kg Ayer Masin



政府数年前已对龟咯排污系统计划展开研究,但迄今仍未有具体的行动。

星期二我在国会下议院参与辩论时,要求能源、绿色科技及水源部及旅游部,两个部门针对提升龟咯排污系统的建议给予最新的发展及资料。

这已是我第二次在国会参与辩论时,提出上述课题。

龟咯的龟咯港脚新村及咸水港新村,在2012年获颁海上地契,一直以来都是极受欢迎的旅游景点。每逢周末假日及假期,数十辆旅游巴士载着游客前来度假,欣赏龟咯海景及享用美味的海鲜美食。

因此,排污系统地当地居民及游客来说十分重要,不仅符合卫生,也更为环保。

我了解到能源、绿色科技及水源部已经同意一套全面的排污系统发展行动蓝图,同时也已申请拨款进行相关的调查及研究。旅游部长拿督斯里纳兹里也在去年3月到访龟咯,所以我吁请旅游部能作出拨款,以在当地建设完善的排污系统,提升龟咯的旅游素质及形象。

同时我也要求能源、绿色科技及水源部能提供有关龟咯排污系统计划的资料及进度,以了解有关计划的最新进展。

Beberapa tahun yang lepas, kajian berhubungan dengan keperluan pembentongan di Kukup telah dibuat namun sehingga ini belum ada tindakan yang konkrit diambil oleh pihak berkenaan.

Saya membangkitkan isu pembentongan perumahan atas air di Kukup Laut dan Kg Ayer masin dalam ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat baru-baru ini. Isu ini pernah saya kemukakan dalam Dewan Rakyat di sesi parlimen.

Justeru itu, saya memohon Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Pelancongan Malaysia memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai cadangan menaiktaraf sistem pembentongan kawasan perkampungan atas air Kukup.

Perkampungan Kukup Laut dan Kg Ayer Masin telah disampaikan hak milik lot kediaman, kedai dan chalet pada 2012. Perkampungan Kukup merupakan destinasi pelancongan yang popular dan berkembang pesat. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah, belasan bas pelancong datang ke perkampungan tersebut unutk merasi pengalaman tinggal di chalet atau perumahan atas air selain daripada menikmati makanan laut yang lazat.

Oleh itu, sistem kumbahan amat diperlukan sesuai dengan peranannya sebagai destinasi pelancongan.

Saya difahamkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah bersetuju dengan satu pelan tindakan pembangunan sistem pembentungan yang lebih menyeluruh dibangunkan bagi penyediaan infrastruktur kemudahan rawatan kumbahan. Saya difahamkan bahawa pihak Kementerian tersebut juga telah memohon peruntukan penyediaan kajian dan tapak sistem pembentungan di perkampungan tersebut.

Keperluan sebuah sistem kumbahan dan pembentongan yang moden serta menepati ciri-ciri kesihatan yang baik amat diperlukan di kawasan penempatan ini.

没有评论: