2017年11月16日星期四

Aduan Isu Air Limpahan Taman Nong Chik Pontian






Menerima aduan daripada penduduk-penduduk tempatan di Taman Nong Chik, Pontian berkenaan isu limpahan air ke dalam rumah-rumah kediaman selepas hujan lebat di Pusat Khidmat Cawangan Pontian pada minggu yang lalu. Ahli Majlis En Tan Eng Meng  bersama-sama Ahli Majis En Israk dan pihak SWM mengadakan perbincangan dengan penduduk-penduduk untuk mencari langkah-langkah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bagi menaiktaraf sistem perparitan pihak MDP akan berbincang dengan pihak JPS dan JKR. Saya juga akan membawa isu tersebut kepada Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

2017年11月14日星期二

Menghulurkan bantuan Kpd Pesakit Strok








Mengadakan lawatan ke rumah pesakit strok yang mempunyai seorang anak berumur 5 tahun di Pontian bersama Ahli Majlis En Tan Eng Meng. Beliau tidak dapat bekerja dan mengalami masalah kewangan. Pusat Khidmat menyampaikan bantuan pampers anak dan bantuan beras & tepung serta bantuan bulanan sebanyak RM200 selama 6 bulan untuk membantu sedikit sebanyak meringankan bebannya.

2017年11月12日星期日

Lawatan ke SK Kg Baharu Penerorok









Mengadakan lawatan ke SK Kg. Baharu Penerok, Kukup bersama Penghulu Md Faizul Bin Md Fadzil, Guru Besar, Pn Zawiah, Ketua Kampung En Azizan Bin Hj Aliasak, Ketua Kampung Ab Samir Bin Mahadi dan Ahli Majlis Tan Eng Meng pada minggu yang lalu. Perpustakaan, Pejabat Guru-guru dan Guru Besar yang berada di tingkat 2 terbakar dalam kejadian yang berlaku pada 21/10/17. Saya akan memberi bantuan kepada sekolah untuk baik pulih bilik yang terbakar.

2017年11月9日星期四

笨珍华忠武术体育会新届理事就职典礼







上周五晚上受邀出席笨珍华忠武术体育会新届理事就职典礼暨筹募购置会所基金联欢晚宴,对能凝聚年轻人进行健康活动的团体,我一向给予支持与协助,因此我也宣布拨出五万令吉,供体育会作为购置会所基金。

笨珍区只有我和郑修强州行政议员,我们的努力不为大选,而是为了下一代,我只有“人民议程”,没有个人议程,有机会出席活动,我都会提早出席,聆听民意及社团理事的意见,能帮助的、我会尽量给予帮助,这也是政治议程中的部分,我不是讲讲然后回去了,什么都没做。

我真心希望笨珍华忠体育会购置会所计划能够落实,让年轻人有一个完善的地方进行活动,我相信热心的社会人士也会给予支持。


2017年11月8日星期三

Isu Bayaran Permit Masuk Ke Hutan Lipur Gunung Pulai



邻近的埔莱山是北干那那各阶层村民周末假日休闲运动的去处,自柔州森林局向登山者征收每次150令吉费用后,已招致公众的不满。

虽然征收费用是法令赋予当局的权力,可是我促请原产及天然资源部与森林局重新检视征费的条文,因为有关条文对向健走或晨运的公众收费是不适当的,因为他们逗留的时间往往只有一至两个小时,并没有久留。

如果是向在森林露营的民众收费,这还说得过去,但对只是来回上山健走的民众收费,并不恰当。

因此,我吁请有关部门及森林局重新检视收费的规定,同时建议当局不向登山健走晨运的民众收取任何费用。

Di Pekan Nanas, Hutan Lipur Gunung Pulai merupakan destinasi beriadah yang mendapat sambutan pelbagai lapisan masyarakat. Bagaimanapun sejak Jabatan Perhutanan mengenakan bayaran RM150 setiap kali memasuki kawasan tersebut menjadikan orang ramai merasa sangat tidak berpuas hati.

Walaupun bayaran yang dikenakan adalah penguatkuasaan akta  di bawah akta-akta, saya memohon Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan melihat semula peraturan secara “blanket” yang dikenakan kepada orang ramai kerana bayaran yang dikenakan kepada orang ramai yang hanya berlari atau berjogging adalah sangat tidak munasabah. Ini kerana tempoh mereka berada di kawasan berkenaan amat singkat disekitar satu atau dua jam sahaja.

Jika bayaran dikenakan kepada pihak yang mengadakan perkhemahan mungkin ada kewajarannya tetapi bayaran tersebut juga dikenakan kepada orang ramai yang hanya beriadah berlari naik ke puncak dan keluar semula dari kawasan tersebut.

Sehubungan itu saya mohon sekali lagi semasa menyertai Perbahasan Belajawan Negara 2018 di Dewan Rakyat agar perkara ini dilihat semula dan saya cadangkan agar orang ramai yang menjalankan aktiviti-aktiviti senaman dan riadah tidak perlu dikenakan sebarang bayaran.

2017年11月6日星期一

Bilakah Tarikh Operasi Klinik KK3 Pekan Nanas



北干那那新的KK3诊疗所已经落成,我想知道北干那那新的KK3诊疗所何时会正式操作?

北干那那新的KK3诊疗所计划拖延很久,数个月前终于落成,因此许多民众都会关心新的诊疗所何时开始运作,我希望卫生部能尽快给予答覆,让民众有个确定的答案,避免被其他不负责任者误导。

另外,早在卫生部批准新的KK3诊疗所之际,公众已建议在该诊疗所设立洗肾中心,我吁请卫生部能够落实设立洗肾中心的建议,以应付日渐增加的肾病病黎的需求,除了减轻病黎的经济负担外,也让他们无需舟车劳顿洗肾。

Klinik Kesihatan baru di Pekan Nanas telah siap dibina, bilakah ia memulakan operasi?

Bangunan tersebut tertangguh sebegitu lama dan akhirnya telah siap dibina sejak beberapa bulan yang lalu, namun orang ramai tertanya-tanya bilakah klinik baru tersebut akan memulakan operasinya.

Sukacita jika pihak Kementerian Kesihatan dapat memberikan satu tarikh untuk operasinya bagi memudahkan pemakluman kepada orang ramai dan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menularkannya untuk mengelirukan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai telah dimaklumkan berhubung dengan cadangan menempatkan unit rawatan hemodialisis di klinik baru tersebut.

Saya memohon Kementerian Kesihatan bilakah cadangan menempatkan satu unit pusat rawatan hemodialisis dapat direalisasikan memandangkan pada masa kini bilangan mereka yang memerlukan rawatan sedemikian telah bertambah dan pada masa sekarang semua rawatan dilakukan di luar kawasan Pekan Nanas.

Ini amat membebankan pesakit bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi jua masa yang terlibat oleh kerana rawatan yang diperolehi jauh dari rumah mereka.

2017年11月4日星期六

ISU HOSPITAL BARU UNTUK DAERAH PONTIAN 吁在笨珍兴建新医院



笨珍医院没有手术室、也没有专科医生,无法提供完善的医疗救治服务,我促请卫生部在笨珍区设立一所设备完善的新医院。

之前在国会下议院参与辩论2018年财政预算案时,我在讲词中这么表示。

笨珍医院约建于1937年,已有近80年历史,大多数都是老旧建筑物,随着人口增加,该医院已无法应付日益增加的病患。

医院没有手术室 、也没有专科医生,因此无法提供专科服务,每天有多达10宗病例必须转到新山中央医院处理。此外,医院没有头等

病房,二等病房也有限,男性和女性病房分别仅有8张病床,由于拥有许多增建的建筑物,因此停车位也非常有限。

除了人口增加外,位处依斯干达发展区,发展蓬勃也带动大型计划的兴起,包括丹绒宾石化中心,因此,做为支援服务的医院

显得很重要,以便有能力应对任何的突发状况。

政府在2018年财政预算案中宣布拨出270亿令吉充作提供素质卫生服务,包括提升医院及设立手术室。其中1亿令吉用以提升

医院及诊疗所,14亿令吉则是提升及维修卫生设备,包括设立手术室等。

因此,我吁请卫生部严正看待,在笨珍区兴建一所设备完善的新医院。

Hospital Pontian tidak mempunyai dewan bedah, tiada perkhidmatan pakar, tidak lagi mampu memberikan perkhidmatan yang lengkap, saya memohon Kementerian Kesihatan untuk membina sebuah hospital baru yang seba lengkap di Daerah Pontian.

Saya menyentuhkan isu Hospital Baru untuk Daerah Pontian semasa menyertai Perbahasan Belajawan 2018 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Hospital Pontian yang sedia ada sekarang ini telah dibina pada tahun sekitar 1937 dan kebanyakkan merupakan bangunan lama yang berusia hampir 80 tahun. Pada hari ini sesuai dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah menyebabkan hospital ini tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang ramai.

Hospital ini tidak mempunyai dewan bedah, maka purata kekerapan rujukan kes ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru kerana tiada khidmat kepakaran adalah sebanyak 10 kes sehari. Selain itu juga, hospital ini tidak mempunyai  wad kelas pertama dan hanya mempunyai wad kelas 2 yang terhad dengan hanya mempunyai 8 katil lelaki dan 8 katil perempuan. Pertambahan bangunan-bangunan tambahan juga menjadikan hospital sedia ada mempunyai tempak letak kenderaan yang sangat terhad dan ini menyukarkan orang ramai yang berurusan di hospital ini.

Selain dari pertambahan penduduk, limpahan kepesatan pembangunan Wilayah Iskandar menjadikan banyak pembangunan mega dan berisiko telah wujud di Daerah Pontian seperti hab petroleum di Tg. Bin, maka perkhidmatan sokongan seperti hospital semakin menjadi keutamaan bagi menangani  kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

Kerajaan dalam Belanjawan 2018 telah memperuntukan sebanyak 27 billion ringgit bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti seperti naik taraf hospital dan pembinaan wad bedah. Sebanyak 100 juta ringgit daripadanya diperuntukan untuk menaik taraf hospital dan klinik, 1.4 billion ringgit untuk menaik taraf dan menyelenggaraan fasiliti kesihatan seperti pembinaan dewan bedah.

Sehubungan dengan itu, saya mohon Kementerian Kesihatan memberikan perhatian yang serius untuk membina sebuah hospital baru yang serba lengkap di Daerah Pontian di mana kawasan di Parlimen Tg. Piai adalah lokasi yang sangat sesuai dan strategik.

2017年11月3日星期五

ISU PEMBINAAN STRUKTUR PEMECAH OMBAK 防波堤工程影响渔获




Masalah hakisan di kawasan Tg. Piai merupakan isu berterusan yang memerlukan tindakan pengawalan yang berterusan juga. Saya menyentuh isu tersebut di Dewan Rakyat semalam semasa menyertai Perbahasan Belajawan Negara 2018.

Pihak kementerian yang berkenaan telah melakukan pelbagai usaha dan terkini adalah pembinaan struktur pemecah ombak bagi mengurangkan kesan hakisan.

Bagaimanapun pembinaan struktur pemecah ombak berkenaan difahamkan memberikan impak pula kepada nelayan di kawasan berkenaan. Saya telah dimaklumkan oleh wakil nelayan yang mengatakan pendapatan mereka menjadi merosot disebabkan kurangnya ikan yang menjadi punca pendapatan mereka. Saya juga difahamkan wakil mereka telah ada berjumpa dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Putrajaya setahun yang lalu bagi mendapatkan bantuan penyelesaian berkaitan permasalahan tersebut.

Sehubungan itu, saya mohon Kementerian  Pertanian dan Industri Asas Tani untuk melihat semula perkara ini dan memberikan bantuan sewajarnya kepada nelayan-nelayan terlibat.

丹绒比艾海域不断受到海水侵蚀影响,有关当局需要采取应对措施,防止海岸线进一步受到侵蚀。有关部门目前也已建造防波堤,以减缓海蚀情况。

无论如何,防波堤建设工程也已为当地渔民造成影响。当地渔民代表向我反映,指自防波堤建成后,当地的渔获量减少导致他们的收入受到影响。此外,渔民代表也曾在一年前到布城向农业与农基工业部反映他们面对收入锐减的问题。

因此,我昨天傍晚在国会下议院参与辩论2018年财政预算案时,要求农业及农基工业部再次关注丹绒比艾渔民的问题,同时给予他们协助。

Melawat Pesakit Sakit Buah Pinggang





Melawat ke rumah Pesakit Sakit Buah Pinggang En. Muhamad Bin Mustali bersama Ahli Majlis En Tan Eng Meng dan Ketua Kampung Kg Parit Pasir, En Yusoff Bin Simin di Pekan Nanas. Pusat Khidmat akan memberi sumbangan bantuan bulanan sebanyak RM 150 selama 6 bulan dan bantuan beras & tepung setiap bulan untuk membantu meringankan beban keluarganya.

2017年11月2日星期四

增强北干那那警力建新警察局 Menambah Kekuatan Anggota di Balai Polis Pekan Nanas





今天傍晚在国会下议院参与辩论2018年财政预算案时,我要求政府批准在北干那那兴建新的警察局,以取代现有建于70年代已不足应付需求的警局。

现有建于70年代的北干那那警局已老旧,且空间狭小,应以新建的警局大厦取代,为社区提供更好的服务及塑造更佳的形象。

首相在2018年财政预算案中提及将拨出近90亿令吉予大马皇家警察,作为提升边界保安及公共安全用途,另外,也拨出7亿2千万令吉供兴建11栋总部及6间警局,以及增购军火及警车用途。

因此,我要求大马皇家警察能增加北干那那警局的警力,将人员增加至少10人。目前丹绒比艾国会选区内仅有两间警局,即北干那那与龟咯山顶,分别拥有27及23名警务人员,而北干那那警局自70年代建设以来,当时警员人数有2人,目前人口已经增加5倍,但警务人员的数目仍然仅有27人。

虽然之前内政部曾在答覆我的提问时透露,内政部及警方将讨论增加北干那那警力事宜,但是当时部长也说,由于北干那那的犯罪率与往年相比有所下降而无须担心。但是,我想说的是,我经常接获民众关于破门行窃及偷窃案的投诉,北干那那村民对治安不靖的情况感到担忧。

北干那那今年一月到9月共发生76宗罪案,而龟咯山顶同时期仅有9宗;其中偷车及偷电单车是最常发生的罪案,2016年共有40宗,但2017年迄今已发生52宗。

我也吁请内政部关注最近北干那那发生的老人相信遭报复遇害案,61岁的死者李珠源在10月23日失踪,之后被发现遇害,相信是遭人报复,案件发生迄今没有嫌犯落网,导致村民人心惶惶,我想知道警方对此案件的进展,希望能尽快破案,将涉案人绳之以法。

Saya memohon pihak kerajaan meluluskan pembinaan sebuah Kompleks Balai Polis baru di Pekan Nanas memandangkan bangunan sedia ada sejak 1970an sudah usang dan kecil untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan imej yang lebih tinggi di kaca mata masyarakat.

Sehubungan itu, saya mohon pihak PDRM tanpa bertangguh lagi untuk menambah sekurang-kurangnya 10 orang anggota baru untuk  bertugas di Balai Polis Pekan Nanas bagi menangani aspek keselamatan di kawasan Pekan Nanas.

Saya menyentuh isu tersebut semasa menyertai Perbahasan Belanjawan Negara 2018 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Dalam pembentangan Bajet 2018 yang lalu, YAB Perdana Menteri menyatakan kerajaan akan meningkatkan keselamatan sempadan dan ketenteraman awam, hampir RM9 bil diperuntukkan untuk PDRM dan RM 720juta daripadanya digunakan bagi pembinaan 11 pejabat dan 6 balai polis, serta pembelian kelengkapan senjata api dan kenderaan operasi.

Di bawah kawasan parlimen Tg Piai mempunyai 2 buah Balai Polis - Balai Polis Permas dan Balai Polis Pekan Nanas, dengan kekuatan anggota polis di antara 23 orang (Balai Polis Permas) dan 27 orang (Balai Polis Pekan Nanas).

Jika dilihat perbandingan antara 2 buah Balai Polis ini, ternyata Balai Polis Pekan Nanas jelas memerlukan tambahan anggota sesuai dengan bebanan kerja yang dipikul. Secara perbandingan juga, jumlah perjawatan sewaktu Balai Polis Pekan Nanas ditubuhkan pada tahun 1970an adalah 29 orang dan jumlah ini lebih tinggi dari sekarang (hanya 27 orang) sedangkan penduduknya telah meningkat 5 kali ganda  dan sekarang ditambah lagi dengan kehadiran pekerja asing yang semakin ramai.

Jawapan Menteri KDN kepada pertanyaan lisan pada parlimen yang lepas mengatakan perbincangan antara HR di KDN dan PDRM akan diadakan untuk penambahan bilangan anggota polis di Pekan Nanas. Namun, Menteri juga mengatakan anggota polis adalah tidak dikhuatiri kerana indeks jenayah di Pekan Nanas agak menurun berbanding tahun-tahun yang lepas.
   
Tetapi saya telah menerima banyak aduan berkaitan kes-kes kecurian dan pecah rumah sehingga ia telah membimbangkan penduduk di kawasan Pekan Nanas. Maka saya berharap pihak Kementerian agar tindakan yang sewajarnya diambil supaya dapat mententeramkan kebimbangan dan kerisauan penduduk di Pekan Nanas.

Indeks jenayah bagi tahun 2016 di Balai Polis Pekan Nanas menunjukkan sebanyak 65 kes berbanding 10 kes di Balai Polis Permas. Statistik kes jenayah yang dilaporkan sehingga Bulan September 2017 merekodkan 76 kes jenayah di Balai Polis Pekan Nanas, di antara kes jenayah curi kereta dan motorsikal di Pekan Nanas merupakan kes yang paling kerap berlaku dan perbandingan indeks kes pada tahun 2016 dan 2017 menunjukkan terdapat peningkatan kes yang berlaku iaitu 40 kes (pada tahun 2016) dan 52 kes (sehingga September 2017). Selain itu, jenayah samun juga menunjukkan peningkatan daripada 4 kes pada tahun 2016 ke 7 kes sehingga September 2017.

Saya juga mohon KDN untuk melihat kepada satu kes pembunuhan yang berlaku di Pekan Nanas di mana seorang warga emas yang bernama Lee Chu Guan (61 tahun) telah hilang pada 23hb Oktober 2017 dan selepas itu difahamkan beliau telah dibunuh akibat balas dendam dan sehingga kini suspek pembunuhan masih belum dapat dikesan.

Kejadian tersebut juga menjadi kebimbangan orang ramai dan  saya ingin tahu apakah hasil siasatan kejadian ini serta Apakah langkah-langkah yang diambil agar kes berkenaan dapat diselesaikan secepat mungkin dan membawa yang terlibat ke muka pengadilan.

Majlis Program Bantuan Bina Rumah Baru




Menghadiri Majlis Program Bantuan Bina Rumah Baru bersama Ketua Kg Batu 4 Kg Sawah-En Mohd Isa Bin Hj Kasnin dan Ahli Majlis En Tan Eng Meng pada minggu yang lalu. Peserta - En Abdul Malik A.Hamid, seorang pesakit buah pinggang yang rumahnya terbengkalai sejak 7 tahun lalu berjaya disiapkan dengan bantuan Pusat Khidmat Ahli Parlimen dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Johor.

Majlis Perasmian Konvokesyen Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Tg Piai






Menghadiri Majlis Perasmian Konvokesyen Kanak-kanak Tabika Kemas Parlimen Tg Piai di Dewan Kolej Matrikulasi Tenikal Johor, Rambah pada hari Ahad yang lalu.

2017年10月31日星期二

威南宫庆九皇大帝暨宝诞千秋平安晚宴






星期日晚上受邀出席笨珍33哩威南宫庆祝九皇大帝暨宝诞千秋平安晚宴,会上我向该庙理事及信众承诺,一旦理事会对迁庙做出决定,不论迁到哪里,作为本区国会议员我一定大力支持与协助,这是我的责任,确保威南宫每年都能举办庆九皇大帝宝诞千秋活动。同时,我也宣布拨出一万令吉,作为活动基金。

2017年10月29日星期日

Majlis Penyerahan Jubah & Bungkusan Jemaah Umrah Sesi 2/2017






Menyerahkan Jubah Iman Masjid Parlimen Tg Piai kepada semua masjid dari Dun Pekan Nanas dan Kukup serta menyampaikan bungkusan dan sumbangan sebanyak RM 300 kepada 11 orang Jemaah Umrah sesi 2/2017 bersama Ahli Majlis En Tan Eng Meng dan Penghulu Kanan En Ilham Bin Mahujan (Pengerusi Program Umrah) di Pusat Khidmat Cawangan Pekan Nanas semalam.

2017年10月24日星期二

探访患病同志并给予协助





日前在服务中心团队的陪同下,再次到笨珍太平村花园探访因患病无法工作的马华同志,由于其妻子靠制作糕点售卖应付生活费及子女升学费用,在了解同志一家的情况后,我赠送一台搅伴器给她,希望帮助她提高糕点产量从而增加收入。

2017年10月23日星期一

跆拳道黑带证书颁发典礼









星期六受邀到北干那那育民学校小礼堂,出席北干那那精艺跆拳道的跆拳道黑带证收颁发典礼,期望考获黑带的学员精益求进,在学习上继续发挥努力不竭的精神。