2017年3月20日星期一

Perjumpaan Dengan Penduduk 会见选民





每周回选区丹绒比艾服务,都会在北干那那新市镇及笨珍金都花园的服务中心,各别会见要求协助的居民,在了解他们的问题后,尽量给予协助。

2017年3月19日星期日

Perasmian Mesyuarat Agong PIBG SK Kg Pengkalan Raja







Dijemput merasmikan mesyuarat agong PIBG Sek. Kebangsaan Kg Pengkalan Raja kali ke-29 bersama rakan-rakan MCA Bahagian Tg Piai pada 12-3-2017.

2017年3月18日星期六

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Sg Boh





Dijemput menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung Sekolah Kebangsaan Sungai Boh kali ke-38 pada 12-3-2017.

Majlis Penerangan Tabika KEMAS Gabungan 2017






Menghadiri majlis penerangan Tabika KEMAS Gabungan bagi tahun 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Tok Moy, Kg Duku, Bt 36 bersama rakan-rakan MCA Bahagian Tg Piai pada 12-3-2017.

2017年3月17日星期五

国际音标电子系统移交移式 Majlis Penyampaian I-Phonics






星期天在笨珍侨民学校,移交I-Phonics英语国际音标电子系统给丹绒比艾选区内的37间各源流小学,每间小学获发两套系统,希望有助提升小学评估考试的英文成绩表现。


Menyampaikan set sistem i-phonics kepada 37 buah sekolah-sekolah kebangsaan dan Jenis Kebangsaan dari kawasan parlimen Tg Piai pada minggu yang lalu. Berharap dapat meningkatkan prestasi pencapaian dalam UPSR 2017.

2017年3月16日星期四

UPSR考生宣誓仪式及奖励金颁发典礼







星期日受邀出席北干那那育民二校2017年度UPSR考生宣誓仪式暨2016年UPSR奖励金颁发典礼。祝福考生们在今年的UPSR考试中考取佳绩。

北干那那佛学会《儿童欢唱音乐》一日营






上个星期六受邀为北干那那佛学会《儿童欢唱音乐》一日营主持结营礼音乐分享会,同时在会上移交营会活动经费给筹委会。这项一日营是在北干那那育民学校小礼堂举行。

2017年3月15日星期三

政府应协助渔民应对发展挑战 ISU NELAYAN



丹绒比艾的发展虽以旅游业为基础,但也不乏大型工业发展,如丹绒宾发电站。政府也宣布将耗资6亿5千万令吉兴建一条衔接笨珍与新山的新桥,相信这将能促进下游工业的发展及制造新的商业机会与就业机会。

昨天下午在国会下议院参与辩论国家元首开幕施政御词时,我再次要求政府关注渔民的未来,不让他们在发展下被边缘化。

但是丹绒比艾是临海地区,拥有传统的渔业,渔民在发展巨轮下越显边缘化,政府应关注渔民的问题,协助他们的下一代转型至其他行业。这些渔民因为环境及学历,不能仅靠自己的努力作出改变。

因此,我吁请农业及农业工业部通过属下的机构,实地了解丹绒比艾渔民的问题,协助他们作出改变,应对时代的变迁,让渔民不被远远地抛在地方发展洪流之后,而能从容地应对未来的挑战。

Walaupun tunjang pembangunan kawasan Tg Piai berasaskan pelancongan, tetapi masih terdapat industri yang besar beroperasi di Tg Piai seperti Stesyen Janakuasa Elektrik di Tg Bin.

Pembinaan jambatan dan jalan bernilai RM650 juta menghubungkan Pontian dengan Johor Bahru akan menjadi pemangkin kepada berbagai industri hiliran dan peluang-peluang baru perniagaan serta peluang-peluang pekerjaan.

Oleh kerana kawasan Tg Piai dikelilingi laut kewujudan generasi nelayan adalah identiti yang tidak dapat dihindari sehingga hari ini. Kumpulan ini menjadi semakin terhimpit dengan pembangunan.

Justeru, keperihatinan pihak kerajaan dalam melihat perkara ini amatlah diperlukan agar generasi nelayan boleh ditransformasikan kepada aktiviti lain. Jika generasi nelayan ini dibiarkan mencari jalan dan usaha sendiri, ia tidak akan berlaku disebabkan latarbelakang kehidupan dan kurang berpendidikan.

Oleh demikian, saya meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi-agensi dibawahnya turun padang dan mencari jalan dan kaedah yang sesuai untuk menjadikan generasi nelayan bersedia menghadapi perubahan-perubahan yang pasti akan dilalui sama ada mereka bersedia atau tidak supaya generasi nelayan tidak akan tertinggal dengan arus pembangunan yang datang.

冀龟咯现代化排污系统今年内落实 ISU PEMBENTUNGAN PERUMAHAN ATAS AIR KUKUP






昨天下午在国会下议院参与辩论国家元首开幕施政御词时,我再次提及龟咯的现代化排污系统建设课题,希望有关部门能尽快在今年内拨出款项,落实现代化的排污管理系统,让当地的旅游环境更加卫生及干净。

能源、绿色科技及水务部在过去的国会中曾透露,上述排污系统建设计划的拨款已呈给经济策划单位,并纳入第十一大马计划。因此,我建议有关部门能尽速批下拨款,最好在今年内展开工程。

柔佛州务大臣最近官访丹绒比艾国会选区时,也表示希望龟咯的生态旅游能永续发展。龟咯有两个新村,即龟咯港脚及咸水港,共住有400多户,但这两个新村始终没有排污系统及化粪池,所有的排泄物都流入海里。这种情况不能一直置之不理,更何况当地是著名的旅游区及水产养殖区。

该部门在2014年2月已在上述两个新村展开排污研究,确定当地必须有一个完善的现代化排污系统,以避免环境污染进一步恶化,该项排污系统估计需费1千200万令吉。

为发展丹绒比艾的旅游业,中央政府已批下数项拨款提升基本设施,包括6千850万令吉建造通往丹绒比艾的路段、1千950万令吉用作修路及扩建道路。此外,北干那那往丹绒比艾第2期计划耗费6千900万令吉,以缩短两地往来路程,吸引更多游客到丹绒比艾观光。

因此,在各项基本设施获得提升后,我吁请旅游及文化部能关注及促销丹绒比艾旅游业,以吸引更多国内外游客前来观光,尤其是外国游客,让本地的商家及民众制造更多的商业机会。


Saya membangkitkan isu pembentungan perumahan atas air Kukup Laut & Kg Ayer Masin sekali di Dewan Rakyat semalam ketika menyampaikan ucapan usul menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Dua perkampungan atas air ini mempunyai 400 buah rumah kediaman. Isu utama di kawasan petempatan tersebut adalah ketiadaan sistem sanitari atau kumbahan. Keadaan tersebut menyebabkan segala kekotoran dari perumahan dilepaskan ke laut. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan jika ingin menjadikan kawasan tarian pelancongan di kawasan tersebut seperti rumah penginapan dan ternakan ikan sangkar di sekitarnya akan terus menarik kedatangan pelancong.

YAB Menteri Besar Johor ketika lawatan ke Parlimen Tg Piai baru-baru ini meminta pembangunan di kawasan Kukup yang berteraskan eko-pelancongan hendaklah dikekalkan dan ditambahbaik.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah melaksanakan kajian Skim Pembentungan di Kg Kukup Laut Air Masin pada Februari 2014. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan untuk menyediakan satu sistem pembetungan yang mengelakkan pencemaran menjadi bertambah buruk dengan anggaran kos berjumlah RM12 juta.

Saya bercadang  kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bahawa peruntukan projek ini dapat dipercepatkan kalau boleh tahun ini supaya satu sistem pengurusan sanitari yang moden yang akan meningkatkan kelestarian alam sekitar dan kehidupan yang bersih dan lebih baik dibina dengan secepat mungkin.

Kerajaan persekutuan telah meluluskan beberapa peruntukan meningkatkan infrastruktur jalan. Diantaranya ialah sebanyak RM68.5 juta untuk akses ke kawasan pelancongan di Tg Piai dan sebanyak RM19.5 juta pula bagi menyelenggara, menaiktaraf dan melebar jalan-jalan kampung. Selain itu Projek Fasa 2 Jalan Pekan Nanas ke Tg Piai sebanyak RM69 juta menyediakan laluan pantas ke Tg Piai. Prasarana ini secara tidak langsung memudahkan perjalanan pelancong-pelancong yang datang ke Tg Piai.

Sehubungan itu, saya memnita Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dapat memberikan tumpuan khusus dan mempromosikan dengan lebih besar bagi membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke Tg Piai khasnya pelancong luar negara. Pada masa yang sama akhirnya kedatangan pelancong akan memberi limpahan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

2017年3月14日星期二

重提新山笨珍新路工程 吁工程局认真看待 ISU LALULINTAS JOHOR BAHRU KE PONTIAN


我刚在国会下议院参与辩论国家元首开幕御词,在辩论中我吁请公共工程局认真看待新山通往笨珍新主要公路工程,有关工程虽早已列入第八大马计划,但迄今没有下文。

上述新路工程的费用,在第八大马计划时估计约1亿令吉,在2013年时,该长约26公里的路段工程费用已增至1亿4千500万令吉,随着工程不断延宕,工程费用相信目前已超过3亿令吉。

我曾数次在国会参与辩论时提出上述课题,最近柔佛州务大臣到丹绒比艾国会选区进行工作访问时,我也亲自向大臣反映,获大臣应允州政府将优先考虑进行上述新路工程。

新山通往笨珍主要公路交通流量日益繁忙,民众经常抱怨路况堵塞,提升工程将能有效应付当地的交通流量需求,同时解决拥堵问题。

另外,我也吁请公共工程部针对笨珍主要公路地陷问题进行特别研究,并采取更好的解决方法,以增强路面的坚实度和持久度,保障公路使用者的安全。

该段从彭加兰拉惹至笨珍长达6公里的路段,面对严重的路面下陷及出现裂缝的问题,因地面下沉导致的不平路面,对电单车骑士的危胁更大,凸起的裂缝能导致电单车骑士失控翻倒,驾车人士也容易因此失控,导致发生车祸。

虽然公共工程局每年都会重铺下陷的路面,但这样并不能治本,路面过不久又出现裂缝及下沉。因此,我认为,公共工程局应针对这个问题进行特别的研究,采取更好的方法改善问题,让路面的坚实度更加持久。

Saya membangkitkan isu lalulintas Johor Bahru ke Pontian sekali lagi pada perbahasan kali ini dan berharap Kementerian Kerja Raya memberikan pertimbangan yang serius agar projek tersebut dapat dilaksanakan bagi mengatasi masalah lalulintas yang semakin hari semakin sesak dan mendapat aduan serta rungutan orang ramai.

Saya menyampaikan ucapan menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dalam Majlis Pembukaan Sidang Dewan di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-8 telahpun diluluskan laluan baru Johor Bahru ke Pontian sejauh 26km dengan kos RM100 juta. Pada tahun 2013 kos pelaksanaan telah dianggarkan meningkat ke RM145 juta. Saya percaya pada masa sekarang kos tersebut telah mencecah RM300 juta dan akan terus naik jika semakin lama projek berkenaan ditangguhkan.

Jika tidak dilaksanakan kos pelaksanaan akan terus meningkat dan masalah lalulintas Pontian- Johor Bahru akan berterusan tanpa penyelesaian yang tuntas.

Lagi satu isu dibangkitkan adalah isu jalan mendap dari Pengkalan Raja ke Pontian sepanjang 6km yang semakin serius.

Bahagian tengah jalan yang mendap seolah-olah berparit amat membahayakan pemanduan di atasnya terutama kenderaan beroda dua. Tebing yang wujud di tengah jalan boleh menyebabkan kenderaan seperti motosikal akan jatuh. Kereta yang dipandu juga boleh terbabas.

Walaupun setiap tahun pihak JKR menampal jalan yang mendap tetapi ia tidak bertahan lama dan kembali merekah. Oleh yang demikian saya memohon Kementerian Kerja Raya membuat kajian khas di laluan tersebut dan melaksanakan pembaikan yang lebih baik agar ketahanan jalan lebih lama dan kelancaran pemanduan yang lebih selamat.

北干那那狮子会9周年慈善晚宴 Lions Club of Pekan Nanas 9th Anniversay Cum Charity Dinner








星期六晚上受邀出席北干那那狮子会9周年慈善晚宴。北干那那狮子会向来热心公益,协助地方上的弱势群体,在这方面,作为人民代议士,我很乐意和他们配合,并给予协助。

2017年3月13日星期一

会见吴爷公庙理事会成员




星期六回选区丹绒比艾,在北干那那新市镇的服务中心,接见要求与我会面的北干那那吴爷公庙理事会成员,大家针对庙宇维缮提升设施进行交流,我也答应他们届时会拨款协助解决经费问题。

2017年3月10日星期五

Pelancaran "Sahabat Tanah Lembap Negeri Johor"






Bersama YAB Menteri Besar Johor -Dato' Mohamed Khalid Bin Nordin menghadiri Majlis Pelancaran "Sahabat Tanah Lembap Negeri Johor" ketika MB mengadakan lawatan kerja ke parlimen Tg Piai pada hari Ahad yang lalu.Lawatan kerja MB ke parlimen Tg Piai memang berhasil. Lebih RM800 juta peruntukan pembanguanan diumum akan disalurkan bagi kawasan Tg Piai yang meliputi projek pembangunan pembinaan jambatan, jalan raya, dewan dan lain-lain.

2017年3月9日星期四

Lawatan Kerja MB - Pekan Nanas & Serkat






YAB Menteri Besar Johor -Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin merasmikan majlis pecah tanah projek pembangunan kerajaan di tapak pembinaan depan pasar awam Pekan Nanas dalam lawatan kerja ke parlimen Tg Piai pada hari Ahad yang lalu. MB juga mengadakan lawatan ke jeti nelayan Kg Sungai Durian, Serkat dan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM500k untuk menaik taraf infrastruktur jeti nelayan.

2017年3月8日星期三

Lawatan Kerja MB ke Tg Piai -Majlis Perasmian Dewan Muafakat Johor






Bersama YAB Menteri Besar Johor-Dato' Mohamed Khaled Bin Nordin menghadiri majlis perasmian Dewan Muafakat Johor Taman Sentosa, Pekan Nanas semasa MB mengadakan lawatan kerja ke parlimen Tg Piai pada hari Ahad yang lalu.