2017年3月15日星期三

冀龟咯现代化排污系统今年内落实 ISU PEMBENTUNGAN PERUMAHAN ATAS AIR KUKUP






昨天下午在国会下议院参与辩论国家元首开幕施政御词时,我再次提及龟咯的现代化排污系统建设课题,希望有关部门能尽快在今年内拨出款项,落实现代化的排污管理系统,让当地的旅游环境更加卫生及干净。

能源、绿色科技及水务部在过去的国会中曾透露,上述排污系统建设计划的拨款已呈给经济策划单位,并纳入第十一大马计划。因此,我建议有关部门能尽速批下拨款,最好在今年内展开工程。

柔佛州务大臣最近官访丹绒比艾国会选区时,也表示希望龟咯的生态旅游能永续发展。龟咯有两个新村,即龟咯港脚及咸水港,共住有400多户,但这两个新村始终没有排污系统及化粪池,所有的排泄物都流入海里。这种情况不能一直置之不理,更何况当地是著名的旅游区及水产养殖区。

该部门在2014年2月已在上述两个新村展开排污研究,确定当地必须有一个完善的现代化排污系统,以避免环境污染进一步恶化,该项排污系统估计需费1千200万令吉。

为发展丹绒比艾的旅游业,中央政府已批下数项拨款提升基本设施,包括6千850万令吉建造通往丹绒比艾的路段、1千950万令吉用作修路及扩建道路。此外,北干那那往丹绒比艾第2期计划耗费6千900万令吉,以缩短两地往来路程,吸引更多游客到丹绒比艾观光。

因此,在各项基本设施获得提升后,我吁请旅游及文化部能关注及促销丹绒比艾旅游业,以吸引更多国内外游客前来观光,尤其是外国游客,让本地的商家及民众制造更多的商业机会。


Saya membangkitkan isu pembentungan perumahan atas air Kukup Laut & Kg Ayer Masin sekali di Dewan Rakyat semalam ketika menyampaikan ucapan usul menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Dua perkampungan atas air ini mempunyai 400 buah rumah kediaman. Isu utama di kawasan petempatan tersebut adalah ketiadaan sistem sanitari atau kumbahan. Keadaan tersebut menyebabkan segala kekotoran dari perumahan dilepaskan ke laut. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan jika ingin menjadikan kawasan tarian pelancongan di kawasan tersebut seperti rumah penginapan dan ternakan ikan sangkar di sekitarnya akan terus menarik kedatangan pelancong.

YAB Menteri Besar Johor ketika lawatan ke Parlimen Tg Piai baru-baru ini meminta pembangunan di kawasan Kukup yang berteraskan eko-pelancongan hendaklah dikekalkan dan ditambahbaik.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah melaksanakan kajian Skim Pembentungan di Kg Kukup Laut Air Masin pada Februari 2014. Hasil kajian mendapati terdapat keperluan untuk menyediakan satu sistem pembetungan yang mengelakkan pencemaran menjadi bertambah buruk dengan anggaran kos berjumlah RM12 juta.

Saya bercadang  kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bahawa peruntukan projek ini dapat dipercepatkan kalau boleh tahun ini supaya satu sistem pengurusan sanitari yang moden yang akan meningkatkan kelestarian alam sekitar dan kehidupan yang bersih dan lebih baik dibina dengan secepat mungkin.

Kerajaan persekutuan telah meluluskan beberapa peruntukan meningkatkan infrastruktur jalan. Diantaranya ialah sebanyak RM68.5 juta untuk akses ke kawasan pelancongan di Tg Piai dan sebanyak RM19.5 juta pula bagi menyelenggara, menaiktaraf dan melebar jalan-jalan kampung. Selain itu Projek Fasa 2 Jalan Pekan Nanas ke Tg Piai sebanyak RM69 juta menyediakan laluan pantas ke Tg Piai. Prasarana ini secara tidak langsung memudahkan perjalanan pelancong-pelancong yang datang ke Tg Piai.

Sehubungan itu, saya memnita Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dapat memberikan tumpuan khusus dan mempromosikan dengan lebih besar bagi membantu meningkatkan kedatangan pelancong ke Tg Piai khasnya pelancong luar negara. Pada masa yang sama akhirnya kedatangan pelancong akan memberi limpahan peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.

没有评论: