2017年3月15日星期三

政府应协助渔民应对发展挑战 ISU NELAYAN



丹绒比艾的发展虽以旅游业为基础,但也不乏大型工业发展,如丹绒宾发电站。政府也宣布将耗资6亿5千万令吉兴建一条衔接笨珍与新山的新桥,相信这将能促进下游工业的发展及制造新的商业机会与就业机会。

昨天下午在国会下议院参与辩论国家元首开幕施政御词时,我再次要求政府关注渔民的未来,不让他们在发展下被边缘化。

但是丹绒比艾是临海地区,拥有传统的渔业,渔民在发展巨轮下越显边缘化,政府应关注渔民的问题,协助他们的下一代转型至其他行业。这些渔民因为环境及学历,不能仅靠自己的努力作出改变。

因此,我吁请农业及农业工业部通过属下的机构,实地了解丹绒比艾渔民的问题,协助他们作出改变,应对时代的变迁,让渔民不被远远地抛在地方发展洪流之后,而能从容地应对未来的挑战。

Walaupun tunjang pembangunan kawasan Tg Piai berasaskan pelancongan, tetapi masih terdapat industri yang besar beroperasi di Tg Piai seperti Stesyen Janakuasa Elektrik di Tg Bin.

Pembinaan jambatan dan jalan bernilai RM650 juta menghubungkan Pontian dengan Johor Bahru akan menjadi pemangkin kepada berbagai industri hiliran dan peluang-peluang baru perniagaan serta peluang-peluang pekerjaan.

Oleh kerana kawasan Tg Piai dikelilingi laut kewujudan generasi nelayan adalah identiti yang tidak dapat dihindari sehingga hari ini. Kumpulan ini menjadi semakin terhimpit dengan pembangunan.

Justeru, keperihatinan pihak kerajaan dalam melihat perkara ini amatlah diperlukan agar generasi nelayan boleh ditransformasikan kepada aktiviti lain. Jika generasi nelayan ini dibiarkan mencari jalan dan usaha sendiri, ia tidak akan berlaku disebabkan latarbelakang kehidupan dan kurang berpendidikan.

Oleh demikian, saya meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensi-agensi dibawahnya turun padang dan mencari jalan dan kaedah yang sesuai untuk menjadikan generasi nelayan bersedia menghadapi perubahan-perubahan yang pasti akan dilalui sama ada mereka bersedia atau tidak supaya generasi nelayan tidak akan tertinggal dengan arus pembangunan yang datang.

没有评论: