2017年4月4日星期二

Perbahasan Dalam Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017


Turut serta dalam Perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 di Dewan Rakyat semalam. Selepas meneliti keseluruhan rang undang-undang ini, saya mendapati hukuman seperti tempoh penjara, jumlah sebatan dan denda telah ditekankan oleh kemenerian.

Terdapat dua kebimbangan saya kepada penentuan hukuman ini - Keberkesanan hukuman dalam mengatasi jenayah seksual atau perogol serta paedophile. Adakah terdapat usaha pemulihan untuk mangsa kanak-kanak untuk meneruskan kehidupan baru serta paedophile setelah mereka selesai dan ketika menjalani hukuman mereka.

Maka saya mencadangkan agar sokongan seperti kepakaran psikologi perlu disediakan dengan mencukupi kepada mangsa kanak-kanak atau paedophile, individu dan pegawai kehaikan perlu memahami kepekaan kes-kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak amat sensitif serta meminimumkan sebarang tekanan.

没有评论: